Friday, September 29, 2023

Blog yang bersawang

 Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog ni berikutan sibuk dengan kerja, nasib ingat lagi email n password,. dulu ni la salah satu medium aku nak luahkan segala rasa hati, jumpa dengan kawan-kawan baru.

Kat sini la aku kenal blogger-blogger lain, masa tu selalu join giveaway kadang2 aku sponsor giveaway orang lain ada la juga aku sponsor giveaway orang

Sekarang ni, semenjak dah kahwin memang waktu dengan media sosial ni agak terhad, dengan aku PJJ lagi, memang takde masa sangat. Waktu kerja memang aku fokus dengan kerja je. Waktu cuti, memang aku manfaatkan la cuti aku tu sebaiknya.

Nanti la aku menaip lagi, ni pun curi-curi sikit masa, sebab aku tengah cuti bersalin sekarang. 9/10 ni start semula kerja.

p/s: ada lagi ke orang baca post aku ni 😂


know what u do,do what u want =)

Saturday, January 27, 2018

Mulut orang

🌸 gambar sekadar hiasan 🌸
saiz badan kecil orang KAJI
pakai baju warna yang sama orang KAJI
makan banyak tapi badan tak besar orang KAJI
kerja tempat yang sama bertahun-tahun orang KAJI
tak sambung belajar orang KAJI
tak kahwin lagi orang KAJI
selalu ceria orang KAJI
muka macam budak kecil orang KAJI

entah la semua benda nak kaji pasal orang,  kita tak pernah ambil tahu pasal orang..tapi bila hal kita semua orang nak tahu..

apa pun koi bersyukur dengan apa yang koi ada sekarang ni..kadang-kadang kita ni tak boleh puaskan hati semua orang..

apa yang koi buat sekarang ni adalah sentiasa positif dengan orang sekeliling..biarlah dorang nak cakap apa-apa pun..dah penat nanti diamlah dorang..

27 / 1 / 2018

know what u do,do what u want =)

Sunday, June 8, 2014

Alhamdulillah :)

Assalamualaim w.b.t... dan apa khabar semua..dah lama Farah tak meng'update' blog yang bersawang ni rasa-rasa dah dekat 2 tahun tak post sebarang entri kat blog ni...agak-agak ada lagi ke orang sudi singgah blog ni...

Berbalik kepada tajuk..Alhamdulillah, pada 6/6 baru-baru ni..genaplah umur Farah 22 tahun..umur dah meningkat tapi banyak lagi perkara yang perlu dikejar..harap-harap semuanya dapat dicapai..AMIN...

Terima kasih kepada mak dan abah yang tak pernah jemu mencurahkan sepenuh kasih sayang serta melayan perangai anaknya yang nakal dan pelik sikit dari anak-anak orang lain...terima juga buat semua sahabat-sahabat yang sentiasa ingat dengan tarikh lahir Farah..sayang korang semua...


alolo..comelnya :)




Tahniah juga buat pasukan negeri Pahang kerana menjadi juara Piala FA semalam.. p/s : maaf kalau ayat berterabur,dah lama tak menaip entri sebenarnya :)
know what u do,do what u want =)