Saturday, April 14, 2012

Landasan Cinta - Cerekarama TV3 malam ni




Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang, Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seoranng yan sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang rian namun seringkali gagal dalam percintaan. Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk bersebelahan pengantin baru iaitu Sheila dan Hisham. Sheila merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang uruterbang. setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela uga menetap di hotel yang sama mereka sering bertembung. Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden keil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedaru Sheila telah menuu kearah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?



Pelakon: Shahrizal Jaszle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati, Kismah Johar, Fendi Seman, Farid Najib, Wan Shades, Liea Banks, Sharifah Sakinah, Balkisyh Semundur Khan


SUMBER

p/s: pelakon sama dengan cerita  Atas Nama Cinta 

know what u do,do what u want =)

No comments: