Thursday, August 2, 2012

Kenangan masa kecil #Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan al-Mubarak
dah lama Farah tak meng-update blog Farah yang buruk ni
Syukur Alhamdulillah hari ni genaplah 13 hari umat Islam menunaikan 
ibadah puasa, 
baiklah setiap kali bulan puasa mesti kita ada dengan kecederaan-kecedaraan
yang berlaku akibat bermain mercun kan,
tapi, entri kali ni Farah bukan nak berceritakan tentang mercun
tapi berkaitan dengan 
PISTOL MAINAN


lebih kurang macam gambar diatas pistol mainan tu 
cuma peluru dia ada lagi satu iaitu peluru plastik
memang seronok masa kecil-kecil dulu main pistol mainan ni
tapi semuanya dah jadi mimpi ngeri buat Farah
Farah masih ingat lagi masa cuti sekolah, Farah rajin balik kampung
lama juga la duduk dekat kampung,masa tu kawan dengan sepupu je
mula-mula main pistol mainan dia je,lepas tu pergi dekat kedai runcit
beli pistol mainan ni juga sebab taknak kongsi dengan dia
Farah ingat lagi harga pistol mainan tu
RM3.50 siap dengan peluru 
masa mula-mula main pistol mainan ni,.pistol ni ok je
takde buat hal pun
tapi yang Farah memang tak boleh lupakan sampai sekarang
ialah bila pistol tu tiba-tiba meletup
masa meletup tu Farah jadi diam sebab terkejut
lepas tu baru terasa tangan Farah ni rasa macam sakit je
nasib baik la bahagian yang kena cuma ibu jari sahaja
sepupu Farah cepat-cepat ambil susu krimer yang pekat tu
letak dekat jari Farah,bila letak je susu tu susu tu mengalir macam air
mana taknya, tangan terbakar, bahagian ibu jari tu jadi hitam
pistol tu meletup mungkin disebabkan panas
lagi-lagi peluru yang keluar tu plastik dan akan jadi cair sikit lepas 
ditembak
tapi kesian juga dekat sepupu Farah, kebetulan pada hari yang sama
dia ada beli pistol mainan yang baru, tak pasal-pasal pistol dia dibuang
oleh mak dia  merangkap mak saudara  Farah :)
sepupu Farah tu cuma diam je, tak membantah pun
mungkin dia takut jadi macam Farah kot
lepas je pada kejadian tu, Farah memang tak main dah pistol mainan
macam tu, kalau yang tembak keluar suara tu selalu la :)

p/s: masa kecil tak pernah pun ada patung Barbie :)

know what u do,do what u want =)

No comments: